Emel Autoresponder adalah salah satu tool yang popular di dalam membuat follow up prospek anda menggunakan kaedah automatik.

Apa itu emel autoresponderEmel autoresponder adalah satu tool di mana anda boleh setkan emel yang mahu di kirimkan kepada prospek anda secara automatik mengikut masa dan jadual yang telah anda tetapkan. Dengan menggunakan sistem perkhidmatan autoresponder anda tidak perlu menghantar emel secara manual.

Strategi ini memang sesuai kerana statistik menunjukkan prospek hanya akan menyertai bisnes anda ataupun membeli dari anda selepas followup lebih daripada 7 ke 15 kali. Dengan menggunakan sistem emel autoresponder anda sudah jimat banyak masa dan tenaga kerana anda sudah menyediakan kesemua follow up mesej anda terlebih dahulu dan menggunakan emel autoresponder untuk menghantar emel secara berkala secara automatik.

Ada banyak perisian ataupun tool emel autoresponder percuma yang anda boleh gunakan di peringkat awal sebelum anda upgrade ke akaun pro ataupun berbayar.

Sumber Image: MarketingCharts

Berdasarkan kajian yang di buat oleh Getresponse pada 2019. Mesej email yang singkat dan ringkas mendapat lebih tinggi open rate dan open rate semakin jatuh untuk sequence mesej yang seterusnya. 

Untuk mendapatkan kesan engagement yang baik , maximum 7 followup mungkin di antara strategi yang bagus.

Berikut adalah senarai emel autoresponder yang menyediakan pakej percuma. Walaupun ianya adalah limited dari segi features, namun ia sudah boleh di gunakan secara asas.

  1.  Sendinblue (www.sendinblue.com)
  2. HubSpot (www.hubspot.com)
  3. MailerLite (www.mailerlite.com)
  4. ConvertKit (www.convertkit.com)
  5. Aweber (www.aweber.com)
  6. Mailchimp (www.mailchimp.com)
  7. TrafficWave (free trial 30 days) (https://www.trafficwave.net)

Anda boleh memilih tool emel autoresponder yang bersesuai dengan kegunaan anda. Ada perkhidmatan autoresponder percuma yan g turut menyediakan tool seperti Landing page. Jika anda tidak tahu di mana untuk mendapatkan landing page anda boleh memilih sistem emel autoresponder yang menyediakan perkhidmatan Landing Page secara percuma.

Untuk Web Affiliate Nexgen139 kami menyediakan satu tool di mana setiap prospek anda yang masuk ke dalam sistem Nexgen139 akan menerima emel mesej daripada sistem secara automatik. Sistem kami telah di pasang dengan sistem emel autoresponder yang membolehkan sistem untuk mengirim emel kepada prospek anda untuk membuat tindakan followup dan susulan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.