Tahukah anda strategi memancing adalah salah satu teknik menjemput prospek yang terbaik di dalam menggunakan internet.

Di sini saya nyatakan “menjemput” sebab strategi memancing itu sendiri adalah menjemput bukannya mencari. Ianya berbeza dengan teknik memburu.

Mungkin selama ini anda sering kali rasa give up di sebabkan anda gagal membuat jualan ataupun mendaftar ahli di dalam bisnes networking anda. Mungkin selama ini anda menggunakan teknik memburu di dalam mencari prospek untuk perniagaan anda. Selalunya apabila kita memburu, sasaran yang di buru semakin menjauh dari diri kita.

Selalu agaknya anda alami situasi sebegini :

– Panggilan tidak lagi di jawab
– WhatsApp sudah bluetick tetapi tiada response
– Setiap kali di ajak berjumpa sentiasa sibuk

Jika ini adalah apa yang anda alami, anda perlu menukar strategi daripada memburu kepada memancing.

Apabila kita memancing pada kebiasaannya kita hanya menunggu ikan meragut umpan yang telah kita pasang. Selepas umpan di ragut, kita akan bermain “tarik dan lepas” dengan ikan tersebut sebelum membuat tangkapan terakhir.

Begitu juga di dalam menjalankan prospecting. Kita mesti tahu menggunakan strategi memancing di dalam mendapatkan prospek. Selepas dapat, barulah kita boleh meneruskan aktiviti follow up samada ianya akan menjadi salah seorang pelanggan anda, pengedar anda ataupun sumber referral anda.

Apakah yang di perlukan sebelum strategi memancing di dalam menjemput prospek menjadi satu kejayaan ?

Anda mesti memastikan perkara-perkara ini iaitu :

  • Lokasi memancing anda memang ada banyak ikan.
    Nota : Ada ramai pengunjung web dan sosial media kan? Ini adalah lokasi yang baik
  • Pastikan lokasi yang banyak ikan itu adalah ikan yang sedang kelaparan.
    Nota : Anda perlu pastikan di mana kah orang sedang mencari peluang atau solusi untuk mengatasi masalah mereka seperti masalah kesihatan ataupun kewangan.
  • Pastikan anda menggunakan umpan yang betul.
    Nota : Sekiranya anda membuat posting di dalam Group WhatsApp berkenaan dengan Diabetes, adalah tidak relevan sekiranya anda menulis tentang Teh Tarik yang sedap melekat di dalam group tersebut.
  • Pastikan anda menggunakan teknik memancing yang betul.
    Nota : Ada pelbagai cara untuk “menjemput” prospek dengan strategi memancing. Di antaranya anda memberikan sampel percuma, e buku percuma, video percuma atau diskaun masa terhad dan sebagainya. Pastikan anda menggunakannya pada masa yang bersesuaian.

Dalam artikel saya yang lain saya ada menulis tentang beberapa strategi New School Network Marketing yang sangat-sangat sesuai di dalam mengaplikasikan strategi memancing di dalam menjemput prospek. Anda boleh baca artikel tersebut dengan klik di sini.

Pastikan di masa akan depan, anda menggunakan strategi memancing di dalam membuat prospecting.

Seandainya anda menyertai Sistem Affiliate Nexgen139 kami menyediakan satu sistem New School Network Marketing yang amat sesuai dengan kaedah memancing di dalam menjemput prospek.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.