beyang caffe

Saya di perkenalkan dengan Beyang Caffe pada awal bulan Jun 2021 yang lalu. 

Saya order sekotak Beyang Caffe dan dalam beberapa hari parcel Beyang Caffe sampai di rumah.

Saya membancuh sepaket beyang caffe dan mengharapkan rasanya boleh di terima tekak. Hirupan yang pertama memang ohsem ! Rasanya lemak-lemak gitur dengan aroma kopi yang menyegarkan ! Apa lagi …. saya terus bagi thumb up pada beyang caffe. Bermula dengan sekotak saya order pakej 5+1 iaitu pakej di mana anda membeli 5 kotak dan dapat sekotak percuma. At least ada penjimatan di situ kan !

Sekali saya minum saya terus jatuh hati dengan Beyang Caffe. Macam cinta pandang pertama ! Jom saya kenalkan dengan Beyang Caffe.

BEYANG Caffe dirumuskan dengan campuran bijian kopi Arabica dan Robusta yang sempurna untuk menawarkan rasa kopi yang menakjubkan. Penambahan Yis B-Komplex yang berkhasiat dan Alpinia galangal (enXtra®), BEYANG Caffe membantu anda kekal bertenaga dan sentiasa fokus sepanjang hari!

Apa yang ada di dalam Beyang Caffe ?

  • Vitamin B Kompleks : Membantu penukaran makanan kepada tenaga.
  • enXtra (Lengkuas) : Meningkatkan fokus dan mengurangkan kemerosotan tenaga.
  • 100% perisa, warna dari bahan semula jadi
  • Tanpa lemak trans
  • Kurang manis dengan gula peran, gula perang lebih banyak mineral daripada gula putih
  • aromatik dan manis yang seimbang dari biji Arabica dengan nota pahit dan kacang dari biji Robusta

 

BEYANG Caffe Panas

  1. Tuangkan 1 paket BEYANG Caffe ke dalam cawan.
  2. Tambahkan 150 ml air panas (Disarankan menggunakan 150ml atau disesuaikan mengikut citarasa & kegemaran individu.)
  3. Kacau rata dan hidangkannya.

BEYANG Caffe Ais

  1. Tuangkan 1 paket BEYANG Caffe ke dalam cawan.
  2. Tambahkan 50 ml air panas.
  3. Kacau rata dan tambahkan beberapa ketul ais.
  4. Hidangkannya.
beyang caffe ais

BEYANG Caffe Ais Kisaran

  1. Tuangkan 1 paket BEYANG Caffe ke dalam cawan.
  2. Tambahkan 50 ml air panas dan kacau rata.
  3. Tuangkan campuran ke dalam pengisar dan masukkan beberapa ketulan ais serta kisar rata.
  4. Tuangkan ke dalam cawan, tambahkan krim putar dan hidangkannya.

Soalan-soalan yang sering di tanya tentang Beyang Caffe ...

1. Apakah itu BEYANG Caffe?

BEYANG Caffe ialah kopi pracampur yang diperbuat daripada biji Arabica dan Robusta serta diseduh dengan lengkuas botani (enXtra) & Nutritional Yis B Complex. Ia memberikan tenaga yang berkekalan dan konsisten, serta membantu dalam pembebasan metabolisme tenaga, semua dalam satu paket tunggal.
 

2. Mengapa memilih biji Arabica dan Robusta sebagai ramuan utama formulasi?

Biji kopi Arabica terkenal dengan rasa yang cergas dan kompleks, biji ini disukai oleh para penikmat kopi disebabkan rasa yang licin dan aroma halus. Biji kopi Robusta pula menawarkan rasa panggang yang lebih kuat dan berfungsi dengan baik dalam campuran kopi yang bersusu. Campuran gabungan ini memberi anda rasa yang memanjakan dan seimbang.
 

3. Dari manakah biji BEYANG Caffe berasal?

Kopi Pracampur BEYANG menggunakan biji kopi Arabica yang berasal dari Brazil sementara biji kopi Robusta dari Vietnam.
 

4. Apakah faedah berpotensi ramuan yang diformulasikan dalam BEYANG Caffe?

  • Lengkuas botani (enXtra) telah terbukti dapat meningkatkan fokus dan kewaspadaan. Anda kekal cergas untuk jangka lebih panjang dengan kafeina yang berkurangan.
  • Formulasi dengan kompleks B membantu dalam melepaskan metabolisme tenaga.

 

5. Apakah faedah lengkuas botani (enXtra)?

enXtra ialah ekstrak proprietari Alpinia galangal atau dikenali sebagai ‘lengkuas’ yang tergolong dalam keluarga Halia & Kunyit. Ia dikaji atas kecenderungannya untuk menunjukkan peningkatan kewaspadaan yang signifikan, meningkatkan perhatian dan fokus, membantu meredakan gangguan kafeina dan berperanan dalam “daya hidup” melalui peningkatan kewaspadaan mental.

 

6. Apakah faedah Nutritional Yeast B Complex?

Nutritional Yeast B Complex ialah yis sel lengkap kering Saccharomyces Cerevisiae yang tidak diaktifkan. Ia mengandungi Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B6 dan Vitamin B12. Secara umum, Vitamin B membekalkan pembebasan tenaga yang berkesan dari makanan. Kelebihan Vitamin ini adalah seperti berikut;
VitaminsRole
B1 (Thiamina)
Tiamina memainkan peranan penting dalam metabolisme dengan membantu menukar nutrien menjadi tenaga
B2 (Riboflavin)
Riboflavin membantu menukar makanan menjadi tenaga dan membantu dalam metabolisme
B3 (Niasin)
Niasin berperanan dalam pemberian isyarat, metabolisme, dan penghasilan serta pembaikan sel
B6 (Piridoksin)
Piridoksin terlibat dalam metabolisme asid amino dan fungsi saraf
B12 (Kobalamin)
Kobalamin sangat penting untuk penghasilan sel darah merah

 

7. Adakah Nutritional Yeast B Complex berasal dari haiwan?

Tidak, Nutritional Yeast B Complex berasal dari penapaian.
 

8. Apakah pemanis yang digunakan dalam BEYANG Caffe?

BEYANG Caffe dipermanis menggunakan gula perang.
 

9. Di manakah BEYANG Caffe diperbuat?

Kopi Pracampur BEYANG ialah buatan Malaysia.
 

10. Adakah BEYANG Caffe halal?

Ya, Kopi Pracampur BEYANG disahkan halal oleh JAKIM.
 

11. Apakah kandungan kafeina dalam satu hidangan BEYANG Caffe?

Setiap uncang (@paket) BEYANG Caffe mengandungi kira-kira 111mg kafeina setiap hidangan.
 

12. Mengapakah BEYANG Caffe adalah pilihan yang lebih baik untuk anda?

BEYANG Caffe tidak mengandungi perisa tiruan, pewarna tiruan, dan pemanis tiruan serta bebas daripada lemak trans. Setiap hirup berasal daripada campuran bijian kopi Arabica dan Robusta yang aromatik dengan kemanisan yang bersesuaian daripada gula perang. Tambahan pula, vitamin B kompleks dan enXtra (Alpinia galangal) membantu anda kekal bertenaga dan fokus sepanjang hari tanpa pengambilan kafein yang berlebihan.

 

13. Mengapakah terdapat kondisioner makanan dalam rumusan ini?

Penggunaan kondisioner makanan adalah sangat biasa dan ia diluluskan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Malaysia.

Kondisioner makanan digunakan dalam jumlah yang kecil untuk memperbaiki ciri-ciri makanan tertentu dan untuk meningkatkan kualiti makanan. Kondisioner makanan dapat meningkatkan kualiti dan persembahan makanan (tekstur, warna, estetika, rasa dan konsistensi) dan juga menjadikan makanan lebih enak. Apabila digunakan dalam jumlah yang bersesuaian, kondisioner makanan adalah selamat.

Perhatian yang teliti diberikan kepada aditif makanan yang digunakan dalam produk makanan BE. Tiada aditif makanan yang tidak selamat digunakan dalam BEYANG Caffe. Produk ini tidak mengandungi pemanis, pewarna, dan perisa tiruan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari
http://www.myhealth.gov.my/en/food-additives-what-you-should-know/

beyang caffe

Nak minum Beyang Caffe? Hubungi saya melalui WhatsApp di pautan di bawah sebelah kanan atau klik sahaja di sini !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.