6 Jars (balang) adalah sistem Pengurusan Kewangan yang di perkenalkan oleh T Har Eker.

Saya di perkenalkan dengan sistem ini sewaktu menghadiri “The Millionaire Mind Intensive Program” yang di adakan di KL pada sekitar tahun 2008. Lama dah tur !!!

Ianya merupakan asas pengurusan kewangan yang baik di mulakan pada peringkat yang masih awal. Pada hakikatnya anda hanya kena bermula walaupun dengan hanya RM1. Permulaan merupakan langkah pertama di dalam membina tabiat dan menyimpan mengikut sistem pengurusan kewangan yang betul.

Sistem 6 Jars atau balang yang di popularkan oleh T Harv Eker ini memang praktikal. Anda sediakan 6 balang dan anda namakan balang-balang tersebut dengan 6 nama-nama ini …

  • 50% Keperluan

  • 10% Kebebasan Kewangan

  • 10% Simpanan Jangka panjang

  • 10% Tabung Pelajaran

  • 10% Enjoy

  • 10% Sedekah

6 jars pengurusan kewangan t harv eker

Kenapa nak bermula dengan balang fizikal? Ianya adalah untuk anda membina tabiat menyimpan dengan mendisplinkan diri di dalam menabung di dalam 5 daripada 6 balang tersebut. Anda juga boleh membuka akaun bank yang berbeza untuk setiap balang yang anda sudah membuat tabungan.

Contohnya jika anda ada RM100, masukkan RM10 di dalam balang kebebasan kewangan, RM10 ke dalam balang simpanan jangka panjang,RM10 ke dalam tabung pelajaran, RM10 ke dalam tabung enjoy dan RM10 ke dalam tabung sedekah.

Jika anda ada RM10 sahaja, masuk sahaja RM1 di setiap tabung 10% tersebut. Janji displinkan diri untuk menyimpan untuk memupuk tabiat menabung yang di sarankan oleh T Harv Eker.

Apa kah sebenarnya balang-balang ini? Nak guna untuk apa? Mari kita perincikan lagi perbelanjaan apakah yang mahu di masukkan ke dalam setiap balang-balang tersebut …

Balang 50% untuk keperluan. Ini adalah balang untuk kegunaan harian seperti membayar bil, makanan, hutang bank dan lain-lain.

Balang 10% untuk simpanan jangka panjang. Balang ini adalah untuk kegunaan perancangan jangka panjang seperti percutian, untuk kegunaan dana kecemasan, perbelanjaan perubatan yang tak di jangka dan sebagainya.

Balang 10% untuk kebebasan kewangan adalah tabung ataupun dana untuk persaraan anda. Ianya adalah untuk pelaburan di dalam saham, amanah saham, simpanan emas dan lain-lain platform pelaburan yang lain.

Balang 10% untuk pelajaran. Adalah balang atau tabungan pelajaran untuk anak-anak dan untuk anda meningkatkan lagi pembangunan diri anda sendiri.

Balang 10% untuk Enjoy adalah duit yag boleh di gunakan untuk anda “spoil”kan seperti makan atau membawa keluarga untuk enjoy … perlu juga kan untuk enjoy dan lari dari stress dalam kesibukan anda bekerja.

Balang 10% untuk sedekah. Sedekah walaupun nampak macam menghabiskan duit anda tetapi sebenarnya sedekah inilah yang akan menyuburkan lagi duit yang anda ada.

Ini lah secara ringkasnya sistem pengurusan kewangan yang di sarankan oleh T Harv Eker seorang penulis buku Best Seller iaitu ‘Secret of Millionaire Mind”.

6 jars pengurusan kewangan t harv eker

Pada masa saya mengalami kejatuhan bisnes, saya amalkan teknik menyimpan ini. Saya sediakan balang-balang dan saya mulakan dengan hanya RM1 sahaja. Setiap kali ada wang, saya akan agihkan di dalam balang-balang ini. Mula-mula memang sikit sehingga saya boleh menabung RM10, RM50, dan seterusnya RM500 sehingga saya kembali pulih dari segi kewangan yang mengambil masa dalam 7-10 tahun lamanya.

Memandangkan keadaan ekonomi semasa dengan peningkatan kos kehidupan, anda boleh adjust percentage balang anda mengikut kesesuaian anda sendiri. Mungkin anda perlukan 55% untuk keperluan jadi anda kena adjust percentage di dalam balang-balang yang lain. Pentingnya anda bermula dan bertindak dari sekarang walaupun dengan nilai RM1.

6 jars pengurusan kewangan t harv eker

Saya saran kan platform emas digital (patuh syariah) sebagai permulaan untuk menyimpan secara kecil-kecilan kerana anda boleh bermula dengan hanya menyimpan RM10. Simpan emas ada aura yang kuat untuk tidak di belanjakan kerana naluri emas adalah menyimpan manakala naluri duit adalah untuk berbelanja.

Di Quantum Metal anda boleh mula menyimpan emas serendah RM10 dan membuka akaun di Quantum Metal adalah percuma. Anda boleh klik di sini untuk mendaftar satu akaun percuma di Quantum Metal. Jika anda nak kan tutorial atau panduan ringkas daftar akaun di Quantum metal tengok di sini.

Sistem Pengurusan kewangan dengan menggunakan 6 balang dari T Harv Eker ini memang praktikal dan anda boleh mulakannya sekarang !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.