Kali ini saya nak berikan tutorial bagaimana nak membuat transaksi jual dan beli emas dengan akaun emas GSA Quantum Metal.

Baru-baru di dalam dashboard member, Quantum Metal telah menukar perkataan buy and sell gold kepada QM Sell dan QM Buy bagi menyelaraskan dengan istilah yang di gunakan di dalam paparan homepage.

Ada juga ahli yang terkeliru apabila mereka klik pada QM Buy apabila nak membeli emas sebab mereka sudah terbiasa dengan istilah buy sebagai istilah membeli ! Bezanya kali ini kita kena melihat dari sudut definisi dari Quantum Metal.

QM Sell – QM Sell adalah harga emas di mana Quantum Metal akan menjual emas pada pelanggan pada harga emas masa tersebut. (harga emas di kemaskini setiap 5 minit). Jadi ialah adalah menu yang pelanggan kena klik sekiranya nak membeli emas. Quantum Metal (penjual emas) menjual kepada pelanggan (membeli emas).

QM Buy – QM Buy adalah harga emas di mana Quantum Metal akan membeli daripada pelanggan. Bermakna pelanggan nak jual emas dan Quantum  Metal yang akan beli (QM Buy). QM Buy adalah harga London spot ataupun harga lantai untuk emas pada masa transaksi itu berlaku.

Di dalam mana-mana jua transaksi yang anda mahu lakukan, selepas klik pada menu QM Sell dan QM Buy anda perlu mengisi informasi jumlah yang ingin anda beli atau jual di paparan seterusnya dan membuat pembayaran melalui fpx (paling mudah)

Sila lihat gambarajah di bawah untuk lebih memahami.

jual beli emas GSA Quantum Metal
qmsell emas quantum metal
Paparan QM Sell
qmbuy emas quantum metal
Paparan QMBuy

Jika anda berminat mahu menyimpan emas untuk jangka masa yang panjang, daftar satu akaun percuma di Quantum Metal dengan klik di sini. Anda boleh membuat simpanan serendah MYR10 untuk bermula.

Kelebihan menyimpan emas di dalam akaun emas GSA Quantum Metal

  • Boleh jual dan beli emas 24/7 secara online
  • Boleh menukar emas kepada emas fizikal (dalam bentuk gold bar dan dinar)
  • Boleh pindahkan (transfer) emas ke akaun pengguna Quantum Metal yang lain. Fungsi ini membolehkan anda berjual beli dengan emas!

Tutorial mendaftar akaun emas di Quantum Metal boleh di dapati di dalam pautan blog yang lepas di sini.

gold-bar-quantum-metal

2 Replies to “Jual beli emas melalui akaun emas GSA Quantum Metal”

  1. alhamdulillah.. dengan QM kita boleh beli emas mengikut kemampuan.

    dengan kemudahN emas digital kita boleh beli emas secara pecah kecil.

  2. alhamdulillah dengan produk GSA kita boleh beli emas dengan nilai mampu milik. Kalau satu masa dahulu untuk membeli emas minima pembelian adalah 1 gram emas.

    Alhamdulillah dengan teknologi emas digital kita boleh emas mengikut kemampuan kita walapun hanya serendah RM10.00 sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.